Labels

Monday, August 31, 2009

Minyak Naik Lah...

Minyak naik setelah RON 95 diperkenalkan........
  1. Secara amnya, tiada apa yang berubah apabila cakap2 sebelum RON 95 diperkenalkan harga seliter  adalah 1.70/L.
  2. Semasa pelancarannya seminggu sebelum pelancaran rasmi harga pasaran adalah 1.75/L.... ni yang malas ni ... janji palsu.
  3. Akhirnya pada 1hb Sept. dinaikan pula ke 1.80/L
Apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan BN ni.... tak nampak pon perubahan yang diharapkan......Fikir2kan dan renungkan fakta ini.

1 Malaysia - pencapaian didahulukan... kroni diutamakan...


Fakta

http://www.oil-price.net/
crude oil price - $70.93/barrel
1 barrel=158.76litres

http://www.xe.com/ucc
Live rates at 2009.08.31 13:37:54 UTC
1.00 USD=3.52850 MYR

REAL OIL PRICE
70.93/158.76=$0.447 per litre.
0.447 x 3.5285 = RM1.58 per litre

Govt subsidy - 30cents/litre.
Means, RM1.58-RM0.30=RM1.28

Adakah Kita Perlukan Seseorang SuperHero??????

Sunday, August 30, 2009

KEPALA LEMBU BERDARAH : USAHA UMNO JATUHKAN KERAJAAN SELANGOR – harakah daily

Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.


"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.   


"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat.

Nota:
waspada satu malaysia. kita wajib jangan
terperangkap dengan hu hah hu hah benci kaum
bukan melayu.

waspada : selalunya orang yang hu hah hu hah anti india
atau anti cina ini ada kepentingan kuasa dan ekonomi.

cuba cuba selidik mungkin mereka telah hilang kontrek
bila pakatan mentabir selangor.

cuba cuba selidik mungkin mereka hilang komisen.

Carl's Junior's-majlis berbuka puasa... 29/08/09

  1. Restoran burger yang paling sedap skali stakat ini. Cawangan adalah sekitar lembah klang dan mula memulakan perniagaan pada tahun awal 2008.
  2. Harga agak mahal, tapi dari segi rasa...... memang ummph... kata En. Sarjana kentangnya careee....
  3. Laporan mengatakan En. Contact-point yang pada mulanya dengan bangga & confident untuk menghabiskan seketul burger jenis 'SuperStar' akhirnya gagal. Taktau la perut aper..
  4. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, En. Idea.. melakukan langkah selamat dengan tidak membeli burger dan hanya makan ringan2... 

<<<---inilah jenis burger yang gagal dihabiskan oleh En. Contact-point




Sekian saja laporan saya..... majulah usopp untuk negara.

Surat Khabar Baru.... ALASAN MALAYSIA.....

Wednesday, August 26, 2009

Pelantar Minyak di Kelantan.... KESIAN ORANG KELANTAN... :(

KENAPA NAK AMBIK HOK ORANG....

1 MALAYSIA tapi Kelantan tak masuk ker?

5 Ogos - Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Mereka yang terdiri daripada wartawan, jurugambar, blogger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini. Manakala rombongan anggota EXCO, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat. Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YB Dato Hj Husam.

Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru-ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

YB Dato Hj Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas. Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan. Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Katanya lagi ", kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur. Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," Beliau juga berkata, juru-ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Dalam pada itu, semasa menyambut kepulangan mereka yang mengikuti ekspedisi tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari. "Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka."Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.

Tuesday, August 25, 2009

Majalah sarat sindiran pedas isu politik

Komik satira politik terulung dalam kelasnya sendiri Gedung Kartun, yang dirampas atas alasan diterbitkan tanpa permit, memuatkan segudang karikatur tokoh-tokoh politik negara, khususnya perdana menteri dan isu yang sering melekat bersamanya – Altantuya dan Mongolia.

Selain memaparkan Datuk Seri Najib Razak mengibarkan bendera negara Mongolia sewaktu menyambut ulang tahun hari kemerdekaan 31 Ogos di muka depannya, majalah "jenaka alternatif" ulung itu juga menyindir isterinya Rosmah Mansor.

Isteri perdana menteri digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, ia juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Razak Hussein.

Kartunis yang dikenali Haili menggambarkan Datuk Nazak ini sedang beria-ia menunggu panggilan daripada presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tetapi suara di hujung sana rupa-rupanya seorang Altantuya dari Mongolia.

Daripada beberapa karikatur lain, Najib digambarkan memperkudakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedang menyambung konspirasi 1998 – dipercayai berkaitan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim – dengan konspirasi 2008, dan juga menerima amanat untuk meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majalah dwibulanan yang dipimpin kartunis politik terkemuka Zunar - atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque - itu turut mengulas beberapa perkembangan semasa yang panas, termasuk kematian Teoh Beng Hock, rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta demonstrasi menentang ISA.

Tokoh-tokoh politik yang turut dicuit dan diolah: Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Zaid Ibrahim.

Dua watak, dipercayai Mahathir dan Abdullah, dalam satu halaman komik digambarkan saling mempersalahkan satu sama lain kerana masing-masing gagal menyemak undang-undang kontroversi ISA.

Abdullah berkata, Mahathir gagal berbuat demikian kerana "sibuk kayakan kroni", manakala Abdullah pula gagal kerana "asyik tidur."

Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebamnya sewaktu dalam tahanan polis.

Isu pemecatan penasihat PKR itu diulas dengan satu nota pendek yang menyatakan insiden itu tidak menyebabkan perpecahan Melayu, tetapi perpecahan penyokong Umno – ramai di antara mereka meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang.

Gedung Kartun juga mengandungi coretan berbentuk satira politik oleh penulis kreatif lain – termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan penyair Pyanhabib, kedua-duanya menulis dengan menolak dasar PPSMI

A Samad, yang memimpin demonstrasi menentang dasar itu, dilukis sebagai sedang mengangkat sepanduk bertulis "Jangan C4-kan bahasa kita" di sebelah puisinya Peludah Bahasa.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".

Zunar dalam lidah pengarangnya menyebut, kelahiran majalah itu bertujuan "menawarkan kandungan dengan mesej berat yang disampaikan dalam bentuk santai."

Karya-karya dalam terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd, katanya lagi, bukan hanya lucu tetapi juga "turut menyadur mesej yang mengkritik, mengulas, mengolah, memberi informasi dan kesedaran tentang isu semasa."

"Dan yang paling penting, kartunis sendiri harus tampil menzahirkan sikap dan pendirian jelas dalam soal-soal pokok yang berkisar di minda dan bibir masyarakat serta jadi bahan perdebatan dari Parlimen ke warung-warung kopi," pengantar edisi sulungnya dipetik.

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam serbuan mengejutnya pagi ini, di pejabat majalah itu di Brickfields, merampas 408 naskhah Gedung Kartun (foto).

sumber: malaysiakini.com

Sesudah Pilihan Raya...

Akhirnya selesai sudah pilihan raya dun permatang pasir di Pulau Pinang, Maka bolehlah mereka yang terlibat merancakkan masjid bagi yang beragama Islam mengambil keberkatan bulan yang mulia ini dengan beribadat. lupakanlah sengketa.... hayatilah Ramadan dan Selamat Hari Kemerdekaan...

written by: anomoyus

MENYAMBUT MERDEKA

1. Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer.

2. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.

3. Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia.

4. Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah. Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

5. Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

6. Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini. Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya.

7. Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

8. Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keIslaman.

9. Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.

10. Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu.

11. Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai? Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan.

12. Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan. 



written by: Tun Dr Mahatir Muhammad

Sindir PM, majalah humor dirampas

Selasa, 25 OGOS -Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun hari ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir perdana menteri.

Lapan pegawai itu berada sejam di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.

Ketua pengarangnya Zunar berkata rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun.

Ditemui Malaysiakini di pejabatnya sewaktu serbuan itu, beliau berkata mencetak majalah tersebut tanpa mendapat surat kelulusan untuk mengelakkan karenah birokrasi.

"Kita belum dapat surat rasmi tapi sebenarnya sudah ada kelulusan daripada menteri. Pada 14 Ogos, KDN janji untuk hantar surat dalam masa dua atau tiga hari.

"Sudah menjadi amalan biasa bagi penerbit, bila kita sudah habis mencetak kita akan dapat surat rasmi," katanya ketika ditemui di pejabat penerbit itu hari ini.

“Masalahnya tidak ada surat. Sepatutnya mereka keluarkanlah surat, selesailah masalah,” katanya lagi.

Selain Najib, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa pemimpin Umno, majalah setebal 68 halaman itu turut memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana. [Baca juga: Majalah sarat sindiran pedas isu politik]

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".

Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri).

Dihubungi selepas serbuan itu, pemangku pengarah penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN cawangan Selangor menjelaskan penerbit masih tidak berhak menerbitkan majalah sekalipun telah mendapat nombor rujukan permit penerbitan (PP).

"Ini bukan sebab formaliti. Kalau tidak ada surat, janganlah dia terbitkan dulu.

"Bila dah dapat nombor dan ada kelulusan rasmi, barulah boleh cetak," kata Zainal Abidin Osman, yang turut mengesahkan operasi berkenaan yang turut melibatkan pegawai-pegawainya.

"(Surat rasmi) ini macam kita ambil ujian memandulah. Kalau kita dah lulus semua dan diberitahu sudah lulus, kita masih tidak boleh memandu selagi belum dapat lesen," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber: Malaysiakini.com

Pilihan Raya Kecil – BN Terima Kekalahan Dengan Terbuka

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos – Barisan Nasional (BN) terbuka dalam menerima keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir apabila gagal merampas kerusi yang disandang PAS di kawasan tersebut.
Dalam keputusan ini, calon PAS Mohd Salleh Man, 52, memperolehi 9,618 undi manakala calon BN, Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi dengan perbezaan majoriti 4,551 undi. 
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.25 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.Berdasarkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa BN menerimanya dengan tekad untuk terus memperkukuh parti melalui penambahbaikan terhadap kepincangan yang ada.
Dengan perkembangan tersebut, beliau sedar bahawa sikap pengundi tidak banyak berubah tetapi BN tetap akan mengambil perhatian terhadap hal-hal yang dibangkitkan oleh para penduduk di kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zahid Hamidi juga menyatakan turut terima keputusan yang ada kerana jentera parti dan BN telah berusaha dan bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen.

sumber: umno online.

Pengundi muda, Cina beralih arah

Kempen 'bunuh' karakter Rohaizat punca Pas menang

SOKONGAN terhadap Pas menunjukkan tanda-tanda merosot manakala di pihak Barisan Nasional (BN) mula menampakkan peningkatan keyakinan akar umbi, demikian rumusan ringkas tetapi nyata daripada keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. Calon BN, Rohaizat Othman, 38, yang didakwa mempunyai 'beberapa kes peribadi' masih mampu meraih 5,067 undi dan tewas kepada calon veteran Pas, Salleh Man, yang memperoleh 9,618 undi.

Buktinya, kemerosotan penduduk yang keluar mengundi daripada 82.57 peratus membabitkan 20,350 pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 kepada 73.1 peratus semalam (daripada 20,290 pengundi) berjaya menurunkan angka sokongan terhadap Pas sebanyak 1,386 undi berbanding 11,004 undi yang diperoleh calonnya ketika itu - Mohd Hamdan Abd Rahman.

Calon BN pada PRU yang sama, Ahmad Shahar Shuib pula meraih 5,571 undi sekali gus BN cuma kehilangan 504 undi kali ini.




Kalangan pemimpin Umno mengakui peningkatan sokongan pengundi Cina (lebih 25 peratus daripada keseluruhan pengundi) dan pengundi baru di Permatang Pasir, terhadap calon BN semakin meningkat sekali gus mengurang di pihak pembangkang.

"Pengundi muda kian meyakini BN dan perkembangan ini akan dimaklumkan kepada Kabinet dan Ibu Pejabat Umno esok (hari ini)," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Pengundi Cina di Permatang Pasir turut memperlihatkan angin perubahan termasuk menerima Konsep 1Malaysia," kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, ketika diminta mengulas mengenai apa yang boleh dipelajari oleh BN daripada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu. Beliau turut mengakui rakyat mula faham dan menerima penjelasan hala tuju Umno serta kerajaan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak. Namun, keyakinan dan sokongan itu katanya, tidak boleh digapai sepenuhnya dalam masa sehari atau sebulan tetapi dijangka mencapai tahap maksimum dalam tempoh setahun dua ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pula berkata: "Saya melihat kesedaran pengundi baru di Permatang Pasir turut mencerminkan aspirasi serupa di negeri lain."

Beliau berkata, mereka melihat sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat membawa pembangunan di DUN itu sehingga begitu ketara ketinggalan dan diabaikan.

"Ada perubahan di kalangan pengundi terhadap kemampuan Pas. Mereka sudah nampak apa yang dilakukan oleh pembangkang terhadap keperluan pembangunan dan pembelaan terutama keluarga miskin di Pulau Pinang. Ini juga berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah yang tidak mampu membawa pembangunan dan perkembangan ekonomi," katanya.

Bagaimanapun Zahid yang mengharapkan angin perubahan seperti dipaparkan dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan baru-baru ini, terpaksa menggigit jari gara-gara keputusan di Permatang Pasir itu. Bermain dalam kubu kuat Pas di Pulau Pinang sejak tiga penggal lalu itu menyaksikan BN tidak dapat merapatkan jurang majoriti sokongan yang diperoleh Pas kerana calon BN berdepan dengan 'faktor tempatan' yang mana pengundi di situ diklasifikasikan oleh Zahid sebagai 'belum mahu memberi kemenangan' kepada Rohaizat. Namun kekalahan beliau itu terima dengan hati terbuka dan lapang dada walaupun sukar menerima hakikat pengundi Permatang Pasir 'mahu keadaan kekal seperti mana pilihan raya terdahulu' di bawah naungan wakil Pas.
"Calon bukan faktor utama kekalahan BN. Kita pun tahu calon Pas ada 'kes peribadi'. Dan soal calon selalu diperkatakan dalam mana-mana pilihan raya tetapi itu tidak menjadi perkara utama menentukan kemenangan," katanya lagi sambil mengakui satu laporan terperinci akan beliau kemukakan kepada mesyuarat Kabinet serta Ibu Pejabat Umno, hari ini. Antara yang akan beliau laporkan ialah 'sikap akar umbi' dan kebergantungan jentera pilihan raya BN kepada tenaga dari luar berbanding yang digerakkan oleh tenaga akar umbi tempatan.

Salleh sebenarnya boleh disifatkan hanya 'calon biasa' berbanding karisma calon Pas lain. Ini kerana beliau dikatakan pernah bertanding dalam enam kali pilihan raya dan tewas semuanya. Cuma untuk kali ke-7 melalui pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, beliau akhirnya lega dengan kemenangan semalam. Antara faktor yang dikatakan memihak kepada Salleh ialah serangan bertalu-talu terhadap peribadi Rohaizat selama tempoh berkempen lapan hari berturut-turut. Berkempen antaranya tiga hari dalam bulan Ramadan tidak menghalang serangan peribadi terhadap Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh itu.

Sudah menjadi budaya orang Melayu yang berminat dengan cerita peribadi dan mengambil pendirian terhadap isu itu. Dengan lebih 72 peratus pengundi di Permatang Pasir adalah Melayu, strategi 'menembak' Rohaizat dengan isu peribadi pasti berkesan untuk 'membunuhnya'. Jadi, yang perlu dipelajari BN apabila mahu menamakan calon dalam PRU atau mana-mana pilihan raya kecil akan datang ialah masing-masing mesti betul-betul bersih keperibadiannya. Individu yang 'ada kes' tidak wajar dijadikan calon kerana 'kes' itu akan memakan tuan apabila dimanipulasi walaupun hakikatnya ia sudah selesai. Pengundi khususnya Melayu tidak boleh menerima atau menyokong calon yang bermasalah atau 'pernah ada kes atau masalah peribadi'. Kajilah, berapa banyak kerusi BN ditawan pembangkang dalam PRU 2008 gara-gara 'tersilap memilih calon'. Kesilapan memilih calon turut menyaksikan BN tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat ini.

Justeru, isu salah guna dana dan perkahwinan selain perilaku anak, adik beradik serta keluarga perlu diambil kira dalam menilai seseorang sebelum menjadi calon BN pada masa akan datang. Kehadiran calon bermasalah secara automatik menjadi modal dan bonus kepada pembangkang dalam meraih sokongan selepas mereka ketandusan modal kempen secara intelektual dan profesional. Insaflah, faktor peribadi dan keperibadian menyumbang kepada sebahagian besar sokongan dan undi selain gred atau prestasi perkhidmatan parti kepada mereka.

Kempen membunuh karektor Rohaizat bagaimanapun tidak berkesan di kalangan pengundi Cina yang berjumlah lebih 25 peratus. Mereka ternyata lebih cenderung dan yakin menerima jaminan kerajaan bahawa ekonomi semakin pulih sekali gus membuka ruang peningkatan dalam perniagaan dan kemakmuran hidup. Pengundi Cina juga cenderung dalam isu pendidikan, bahasa dan kesamarataan.

Permatang Pasir jadi momentum perubahan PRU13

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos: Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.
"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak.
"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah."
Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi.
"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."
ImageNada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.
Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.
Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.
"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."
"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."
"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."
Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.
"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."
"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga."
ImageBercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.
Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.
"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."
"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."
Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.
Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.
Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).
Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.
Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.
Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.

Source: Harakah Daily

Monday, August 24, 2009

PAS dijangka menang tetapi berapa majoritinya?

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos - 20,290 pengundi Permatang Pasir keluar mengundi hari ini. PAS dijangka akan mengekal kerusi ini namun persoalannya adalah jumlah majoritinya.


Para peramal mula membuat ramalan sejak semalam tentang jumlah majoriti yang bakal dimenangi oleh calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.Jumlah yang paling rendah adalah PAS akan menang dengan 2,500 undi majoriti. Paling tinggi diberikan adalah 3,500 undi majoriti.

Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan PAS mampu menambahkan majoriti yang diperolehinya berbanding pilihan raya umum tahun lepas. Ini berdasarkan masalah calon BN, Rohaizat Othman yang paling ketara sejak siri pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Di pihak BN pula, harapan untuk menang tidak ada langsung kepada mereka. Apa yang ditumpukan kini adalah mengurang majoriti kemenangan calon PAS.

Antara senjata utama yang dikira berkesan adalah penempatan anak-anak angkat di rumah-rumah bekas penyokong Umno yang didapati telah lari menyokong Pakatan Rakyat khasnya Datuk Seri Anwar dalam pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.

Pelbagai jenis bantuan diberikan kepada mana-mana pengundi yang sedia menerima anak angkat dari kalangan Puteri Umno ini. Antaranya pembinaan tandas baru serta menukar bumbung rumah.
Masalah besar kepada BN adalah calon mereka Rohaizat Othman yang tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno sendiri. Hanya tujuh dari kira-kira 30 cawangan Umno di Permatang Pasir menerima Rohaizat sebagai calon. Selebihnya menolak.

Pendedahan demi pendedahan tentang peribadi Rohaizat menyukarkan jentera BN untuk membuat promosi terhadap beliau. Yang terbesar adalah isu tindakan Majlis Peguam menarik balik lesen guaman beliau akibat pecah amanah dan masalah isteri kedua beliau yang ditinggalkan.
Namun pertemuan hampir empat jam antara Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Ahad lepas menimbulkan pelbagai spekulasi.
Kedua-duanya dilihat bertemu dan berbincang di sebuah kelab dekat Sunwaycity, Seberang Jaya, mulai jam 5 petang hingga jam 9 malam. Ramai wartawan yang menginap di sini.

Dalam pilihan raya 2008, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) mengalahkan calon Umno Ahmad Sahar Shuib dengan 5433 undi majoriti.

Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi tadi. 
Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.
Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.
Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.
Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.
Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Sumber: Harakah Daily