Labels

Friday, September 11, 2009

Beza RON95 dengan RON97;maklumat ringkas



Apakah yang membezakan antara RON92, RON95 dan RON97 ?

ROAD OCTANE NUMBER atau singkatannya ialah RON ialah ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ketukan enjin terjadi apabila campuran udara dan minyak di dalam silinder meletup berbanding proses pembakaran yang sepatutnya.

Secara ringkas, lebih tinggi gred sesuatu minyak, lebih tinggi rintangannya kepada ketukan enjin.

Adakah penggunaan minyak RON yang lebih rendah menyebabkan prestasi enjin merosot ?

Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatut tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda. Difahamkan Enjin Campro boleh menggunakan RON95 tanpa sebarang masalah ketukan enjin.

Wednesday, September 9, 2009

Gedung Kartun: Zunar beri keterangan hari ini

 Wahai Pegawai-pegawai KDN... silalah beri peluang untuk gedung kartun berada dipasaran..... orang melayu nak berkarya.... 


 ___________________________________________________________________________________
Ketua editor majalah humor politik Gedung Kartun Zulkiflee Anwar Ulhaque dipanggil memberikan keterangan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penerbitannya yang didakwa tanpa permit.

Malaysiakini difahamkan, sesi tersebut mengambil masa tiga jam, bermula dari pukul 10 pagi sehingga jam 1 tengahari tadi di pejabat KDN cawangan Kuala Lumpur dan Selangor di Shah Alam.

Keterangan Zulkiflee, lebih popular dikenali sebagai Zunar, dirakamkan oleh seorang pegawai penyiasat di kementerian itu.

Dalam pertemuan itu, difahamkan bekas editor akhbar organ PKR Suara Keadilan itu memberikan kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan yang diberikan.

Khamis lalu, Zunar dilaporkan berkata, KDN memanggilnya untuk "berbincang" mengenai status permit penerbitan majalah tersebut yang dirampas dua minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah menangguhkan perjumpaan hingga minggu ini kerana sibuk sepanjang minggu lalu.

Pada 25 Ogos lalu, pejabat Gedung Kartun di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields telah diserbu lapan pegawai kementerian dan 408 naskhah majalah berkenaan dirampas.

Sehari kemudian, kilang percetakannya di Seri Kembangan, Serdang pula diserbu sekumpulan pegawai KDN dan 18 plet percetakan dirampas.

Tindakan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, pula digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Zunar bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya ia diterbitkan tanpa permit, sebaliknya ia diterbitkan setelah seorang pegawai KDN memaklumkan secara lisan bahawa permit Gedung Kartun diluluskan pada 3 Ogos lalu.
sumber: malaysiakini

Tuesday, September 8, 2009

Bulan Melawat Negeri Sembilan!!!

Berita sahih telah tersebar seantero Satu Malaysia yang Bulan Melawat Negeri Sembilan akan diadakan. Ini merupakan satu berita gembira. SPR telah diberi penghormatan oleh kerajaan Satu Malaysia untuk mengisythiharkan tarikh rasmi pelancaran hari tersebut yang dijangka akan dibuat pada minggu hadapan.

Pada bulan tersebut, Negeri Sembilan akan dikerumuni oleh para pelancong politik dari dalam dan luar negara. Tempat yang akan dikerumuni oleh mereka ialah di Bagan Pinang iaitu tempat terkini yang paling sensasi sekali di Negeri Sembilan. Fulamak... Bagan Pinang akan berpesta babe!!!

Dalam pesta tersebut, para pelancong dan rakyat BaganPinang, akan dihidangkan dengan pelbagai juadah sebagai halwa telinga. Pasti hebat punyer yop!!! Selain itu, pertandingan merebut kerusi adalah acara kemuncak dalam pesta tersebut. Kerusi yang akan menjadi rebutan, cuma satu tetapi para contestantnya belum tahu lagi. Yang itu, kita kena bersabar dahulu. Tunggu...... sebab pihak-pihak yang berkira-kira untuk menyertai pertandingan ini sedang membuat congakan tentang bakal-bakal calon yang paling berpotensi untuk memenangi kerusi yang akan dipertandingkan.

Kerusi ini bukan calang-calang kerusi. Bagi UMNO/BN ini kerusi rezeki. Kerusi yang bakal memberikan mereka kuasa untuk mengaut rezeki yang melimpah ruah untuk mengayakan diri, keluarga dan juga kroni.

Bagi Pakatan Rakyat pulak, kerusi ini akan dijadikan senjata untuk melemah dan seterusnya menguburkan kuasa politik UMNO/BN yang sudah bermaharaja lela sejak 52 tahun negara merdeka. Malah, puak-puak ini telah menjadi lebih raja dari raja. Rakyat pulak hanya jadi hampeh mereka sahaja. Aha, rakyat mereka anggap sebagai hamba mereka!!

Oleh itu, kerusi DUN Batang Pinang akan dijadikan senjata oleh Pakatan Rakyat untuk mengubah persepsi dan mendaulatkan semula rakyat dan hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh melakukan semua ini. Semoga rakyat akan mendapat semula hak mereka sebagai TUAN di negara Satu Malaysia yang kini diperintah oleh manusia-manusia berkuku besi.

Dalam kempen pesta pilihan raya sempena Bulan Melawat Negeri Sembilan ini nanti, rakyat khususnya di Bagan Pinang akan disajikan dengan pelbagai juadah kempen. Nampak gaya, juadah-juadah kempen yang bakal disajikan oleh Pakatan Rakyat akan lebih menyelerakan para pengundi di sana.

Rasa-rasanya.... menunya heavy-heavy juga. Antara menu bagi juadah-juadan tersebut ialah isu pembunuhan Teoh Beng Hock, isu kenaikan harga minyak, isu Kartika, isu demonstrasi 'kepala lembu, isu kapal selam 'Altantunya', isu penyambungan kontrak KPN yang tak mencapai tahap piawai....[ low quality material ] dan isu kekalahan 8-1 dalam PRK.

Bagi UMNO/BN, khabarnya, seekor lembu tua akan diletakkan di situ sebagai calon. Ya...seekor lembu tua yang banyak cacat celanya. Bagus sangat ler tu..... !! Letak ler sesiapa pun, kita tak kisah punyer. Lembu tua ke.... anak lembu tua ke.... whoever ler, kita akan tentang habis-habiskan untuk menamatkan penguasaan UNMO/BN di situ, bukan kerana kita gila kuasa tetapi kita mahu rampas kuasa itu untuk memulangkannya semula kepada rakyat. Nawaitu kita ialah untuk memartabatkan semula kuasa rakyat. Show them who's the real BOSS!! Semoga Allah SWT memakbulkan harapan kita.

Oleh itu, Pakatan Rakyat... PAS, PKR dan DAP, this is not an easy task. You all kena berganding tangan and work hard as a team kerana kemenangan tidak akan datang bergolek atau jatuh ke riba kita dengan begitu saja. We have to work hard for it. So... persiap dan perkuatkan jentera pilihan raya masing-masing untuk membantu memenangkan RAKYAT di Bagan Pinang.

HIDUP RAKYAT!!!.... meh poie Bagan Pinang

Kepala Lembu: akhirnya selesai di MBSA

Majlis dialog harmoni anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA yang bermula pagi tadi, akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.
Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir yang hadirin yang menyertai dailog tersebut.“Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakkan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.”

“Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti" Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, demi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana berdekatan dengan Surau umat Islam.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan Surau serta perumahan penduduk Melayu.Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga sekadar memenuhi hak keadilan penduduk minoriti beragama Hindu, di sini. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili Kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri oleh penganut agama Islam dan Hindu. Katanya lagi, “sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil…semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain.

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.“Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka.”

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An’am.
Firman Allah bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka. Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan. “Jantan dua-dua ekor ini (Tan Sri Khalid Samad dan Khalid Ibrahim) telah menyebabkan orang-orang Melayu dan masyarakat India sudah jadi tidak harmoni. Tapi, disebabkan dua bodoh macam kau, kami (penduduk) raca tidak selesa.” Jamil Mohd Isa. Beliau yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.
Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Hj. Azmir Md Zain. “Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agama lah pukimak!” cemuhnya.Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Hj. Azmir.“Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk.” cemuhnya.“Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!”“Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!”

Peserta, K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, “Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23.”Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, “Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdailog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini.”Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.


Pegawai Khas kepada Adun Batu 23 Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang dihadir di luar MBSA, sebelum dailog tersebut berlangsung. “Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu,” jelasnya lagi.


Seorang saksi harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa ‘talam dua muka’. Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja. Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.



Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. Beliau kelihatan menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum pada itu. Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil..


Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut. Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakkannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir. Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakkannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.Dari insiden ‘kepala lembu berdarah’ sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun. -END

Ahmad Said tolak tawaran jadi menteri

KUALA TERENGGANU, 8 Sept — Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran untuk menjadi Menteri Pusat bagi membolehkan beliau meletakkan jawatannya di Terengganu. Tawaran ini adalah sebagai salahsatu usaha yang dibuat Umno untuk menyelesaikan krisis di Terengganu sekarang.

Ia dibuat oleh kepimpinan Umno untuk membolehkan Ahmad Said digantikan oleh pemimpin Umno yang lain di Terengganu untuk menyelesaikan krisis.Mengikut pelan itu, Ahmad akan dilantik menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri penuh.

Dengan penolakan ini, bermakna Umno Terengganu akan terus bergolak. Yang terakhir, majlis Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin diboikot oleh kebanyakan Adun Terengganu yang tidak menyokong Ahmad Said.Antara yang tidak hadir adalah Adun yang terletak di kawasan Hulu Terengganu sendiri walaupun majlis itu diadakan di kawasan mereka iaitu di Pejabat Umno Hulu Terengganu di Kuala Berang.
Antaranya Adun Ajil iaitu bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid. Beliau dikira penggerak penting usaha menentang Ahmad Said.

Dalam sidang media selepas majlis perjumpaan itu, Muhyidin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui krisis yang melanda Umno Terengganu itu.Beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis itu.Tidak diketahui siapakah yang mencadangkan Ahmad Said di“buang” dari Terengganu melalui cara itu. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan, mana-mana pemimpin yang bermasalah akan di“buang” dari kawasannya.

Tan Sri Wan Mokhtar, bekas MB Terengganu telah dilantik menjadi duta Malaysia ke Arab Saudi selepas Terengganu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999.Datuk Seri Jamaludin Jarjis juga di“buang” dari Pahang ke Amerika Syarikat apabila tidak dilantik sebagai menteri lagi.

Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai menteri telah mula didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya.Krisis dalam Umno Terengganu bermula selepas pilihan raya 2008 apabila Datuk Idris Jusoh ditolak oleh Istana Terengganu apabila dicadangkan oleh Umno agar dilantik sebagai MB Terengganu sekali lagi.

Selepas beberapa hari bertegang, akhirnya Umno menerima pemilihan Datuk Ahmad Said, bekas Exco di zaman Idris Jusoh, sebagai MB.Ekoran itu, Ahmad melantik hanya penyokong beliau sebagai exco dan mengenepikan penyokong Idris Jusoh.Dalam sidang Dun terbaru, kesemua Adun Umno menyertainya, berbanding dengan membokoitnya sebelum itu. Tetapi mereka hanya mendiamkan diri seribu bahasa sepanjang sidang berlangsung.

sumber: Malaysian Insider

Yang Lama & Yang Baru........

yang lama jawa total sg panjang- yang baru orang jeram
yang lama doktor gigi-yang baru pengerusi pnb
yang lama kes penyapu- yg baru kes hindu
yang lama macam2 kes- yg baru sikit juga kes
yang lama kereta merc -yg baru lexus
yang lama hilang negeri -yg baru dapat negeri
yang lama parti ameno-yg baru pakatan rakyat
yang lama muka bersih rawatan botox ( makan tempe)
yang baru muka ganas bekas jerawat ( macho)
yang lama memang hampeh hhhhhhhh Question Question
yang baru mudah senyummmm Very Happy Very Happy
Agak-Agak Saper Yerrr?

Monday, September 7, 2009

Kenaikkan harga minyak disambut penuh kesyukuran

Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.05/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.



Gambor-gambor Hari Ini

Apa tindakan “geng lembu” semasa rumah Allah dirampas, disita & diroboh di Selangor dulu?

Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.


• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Saya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?

Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.

Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?
Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?

Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?

Sesi ‘Dialog’ Dengan Penduduk Seksyen 23

Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin. Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati. Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, ‘hero Melayu’ gelar mereka.

Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadap cadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses lima langkah seperti berikut :-

1. Tapak cadangan dari PKNS - Ini adalah kerana telah dipersetujui PKNS akan menggantikan tapak kuil di Seksyen 19 dengan tapak lain milik mereka kerana tapak di Seksyen 19 akan diambil alih oleh mereka.

2. Persetujuan MBSA bahawa lokasi berkenaan adalah sesuai. Ini adalah wajar memandangkan MBSA adalah pihak yang bertanggung jawab atas perancangan bandar Shah Alam.

3. Persetujuan AJK Kuil – ini telah diperolehi selepas proses perbincangan pada hujung bulan Mei. Nota mesyuarat ditanda-tangani sebagai bukti persetujuan mereka kerana tidak mahu berlaku penafian atau bertukarnya fikiran. Surat inilah yang dijaja oleh orang-orang demo kepala lembu itu. Persetujuan AJK kuil perlu kerana dasar PR ialah musyawarrah bukan paksa pindah ke mana orang lain tetapkan.(Itu dasar UMNO – rujuk pengakuan bangga KT).

4. Persetujuan Kerajaan Negeri atas cadangan untuk memindahkan kuil ke tapak yang dicadangkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mahu memantau semua aktiviti pembinaan dan perobohan kuil.

Pada tahap ini, cadangan mencapai status sebagai ‘cadangan rasmi’ dan barulah boleh dibincangkan dengan pihak awam, terutama penduduk sekitar kawasan berkenaan. Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, kerana cadangan itu belum lagi merupakan cadangan rasmi.

5. Pertemuan dan perbincangan dengan penduduk berhubung cadangan yang telah dipersetujui terlebih dahulu oleh ke empat-empat pihak seperti di atas. Ini adalah kerana walau macam mana sekalipun, penerimaan oleh penduduk sekitar adalah penting untuk menjamin keharmonian.

Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.

Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadangan ini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidak sopan.

Hakikatnya, sekiranya cadangan ditolak secara sopan sekalipun – iaitu tanpa sebarang aksi yang telah ditunjukkan sebelum ini, kerajaan PR akan mengambil kira pandangan penduduk. Namun atas sebab hasutan pihak tertentu dan kempen salah-maklumat yang dilakukan maka cadangan ditolak mentah-mentah dengan cara paling tidak sopan. Yang dipertikaikan adalah cara bantahan dibuat, bukannya bantahan itu sendiri. Ada yang menganggap kerajaan negeri sudah pun mahu mula pembinaan! Sedangkan tiada pelan kuil yang telah diluluskan. Nak bina macam mana kalau tiada pelan?

Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebut melihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar. Ini boleh dibuktikan melalui video clip yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog UMNO yang tidak mahu menyiarkannya kerana tahu ianya hanya akan memalukan mereka. Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli PAS dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO.

Saya diberitahu juga ada pihak yang mendakwa bahawa mereka yang terlibat membuat kacau semasa sesi dialog tempohari adalah terdiri dari ahli PAS dan PKR. Sekiranya benar, maka saya cadangkan mereka ini dihadapkan di bawah lembaga displin parti, dipecat dan sekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan dibawah akta hasuatan. Dalam masa yang sama, saya juga berharap jika ada ahli UMNO yang terlibat sama, maka mereka juga dikenakan tindakan yang sama. Mahukah mereka melakukan perkara yang sama sekiranya benar-benar yakin?

Teringat saya kisah Haji Bakhil. Dia tanam duit di sesuatu tempat dan meletakkan papan tanda ‘Tiada Duit Di Sini’. Datang pula Haji Bahalol menggali dan mengambil duit berkenaan. Seterusnya dia meletak papan tanda yang menyatakan ‘Bukan Hj Bahlol yang ambil duit di sini’. Bagi saya, begitulah penafian mereka terhadap keterlibatan UMNO dalam soal ini.

Esoknya Najib dengan gembiranya mengumumkan sesi dialog tersebut merupakan bukti kegagalan PR mentadbir Negeri Selangor. Persoalannya, adakah kemungkinan orang-orang yang bertindak samseng diminta berkelakuan sedemikian supaya Najib boleh membuat kenyataan sebegini? Sudah pasti mungkin! Dan ini juga merupakan penjelasan munasabah mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Tanpa provokasi dan tanpa sebab seperti yang telah dijelaskan.

Sebenarnya kenyataan Najib sendiri itu pun tidak benar sama sekali. Kerajaan negeri telah berjaya mengadakan sesi dialog dengan penduduk dan maklumat yang diinginkan telahpun diperolehi (walaupun bukan melaui jalan perbincangan yang diharapkan) iaitu penduduk setempat menolak cadangan tersebut. Mungkin bagi Najib ‘kejayaan’ diukur berdasarkan nilai projek yang dijalankan. Khir Toyo membelanjakan RM600,000 dan ini dianggap ‘kejayaan’. Walaupun masalah tetap tidak diselesaikan! Kontraktor juga yang untung.

Sebagai kerajaan yang perihatin, kami mengambil kira penolakan ini oleh penduduk Seksyen 23, bukan kerana ianya dilakukan secara biadab, tetapi kerana ianya adalah pandangan penduduk setakat mana yang boleh diperolehi. Walaupun ramai yang berdiam diri, namun itulah keputusan yang dizahirkan.

Begitu jugalah dengan kenyataan Khir Toyo. Dia dengan gembiranya menyatakan bahawa semasa dia MB, tiada masalah sebegini. Ya, betul kerana kami sebagai pembangkang merupakan pembangkang yang bertanggung jawab. Kami tidak menggunakan provokasi samseng atas isu-isu perkauman dan agama seperti mereka. Mereka bila jadi pembangkang, jelas merupakan pembangkang yang tidak bertanggung jawab! Bila memerintah pun menjadi kerajaan yang tidak bertanggung jawab, bila pembangkang begitu juga, pembangkang yang tidak bertanggung jawab!

Seterusnya kami telah pergi melawat tapak alternatif dengan kadar segera. Kami ingin memenuhi hak penduduk Seksyen 19 dan juga hak kuil tersebut. Tapak tanah di tepi kilang Nitto Denko Seksyen 23 telahpun kami lawati pagi tadi bersama PKNS, MBSA, para ADUN dan juga MB. Seterusnya akan dikemukakan kepada AJK kuil. Sekiranya mereka setuju, akan disediakan kertas cadangan untuk kelulusan Exco Kerajaan dan melalui 5 proses yang sama seperti yang telah dinyatakan. Lokasinya ditanda dipeta yang disertakan.

Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. InsyaAllah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk mengagalkannya. Itulah sahajalah yang UMNO pandai buat: KACAU.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Isu Kepala Lembu: SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA.



 

Perhatian: Yang berambut panjang atau pakai topi 1Malaysia tu, merupakan anak Tan Sri Osman Arof EX-MB Kedah yang juga laki kepada Raja Azura (pelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio sinar FM)

Yang pegang mikrofon berbaju putih di belakang tu, Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 24.



"Rodziah saya akan rogol you sekarang!"

En. Pena melaporkan:

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada di depan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah "MB Bodoh," "Khalid Samad sekongkol dengan kuil", "Rodziah pelacur", "Rodziah saya akan rogol you sekarang!" dan banyak kata-kata kesat lagi.

Saya dah kata, dalam negara demokrasi setiap rakyat ada hak untuk membantah apa yang tidak mereka setujui. Tapi adakah membantah dengan cara mengancam hendak merogol dan membunuh?

Pada pandangan saya inilah adap org. UMNO..... Main Sembur... Takdak sivik

Apakah beza UMNO dan Penyelewengan.?

Keadaan ekonomi seperti yang dihujahkan sebelum ini adalah membimbangkan. Bajet-bajet yang dibentangkan oleh negara-negara maju memperlihatkan penurunan, selain Real Madrid dan Manchester City, kelab-kelab elit dunia juga tidak berbelanja besar. Nilai transaksi pemain di EPL juga berkurangan. Benar, ekonomi dunia belum pulih. Ekonomi Malaysia sahaja yang kukuh,kata menterinya.

Penyelewengan dan korupsi bukan asing dengan UMNO. Hal ini sudah diakui oleh ahli parti itu yang bernombor wahid, Tun Mahathir. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO juga mengaku. Lebih 900 laporan dibuat oleh ahli-ahli parti itu,yang mungkin terkesan dengan firman Rabbul Izzati ini.
  • Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai dugaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (Al Anfaal:28)
Kerana apa.? Orang melayu, suka mengutuk bangsa lain. Kata mereka, tidak perlu usaha. Ini negara kita. Ini Tanah Melayu. Harta bukan bawak masuk liang lahad. Jangan lupa, UMNO menghalalkan rasuah dalam parti. Tidak percaya.? Tanya Datuk Seri Ali Rustam, apa itu rasuah. Atau tanya Khairy Jamaluddin, kenapa perwakilan pemuda menjerit-jerit mengatakan KJ Rasuah.? Apakah perwakilan pemuda UMNO tahu apa itu rasuah.? Jika tahu, mengapa Ketua Pemuda mereka terpalit dengan lumpur itu.?

Melayu lupa, kerana kata UMNO itu politik wang. Melayu lupa, perjuangan Tunku dahulu atas jerih datuk nenek moyang kita membayar segala tiket-tiket mereka ke London untuk merundingkan kemerdekaan. Masa tu, belum ada Renong. UEM pun belum ada. Belum ada Bail Out berbillion-billion.

Kes-kes penyelewengan dalam UMNO cukup berat dan parah. Namun kita masih sayang UMNO, kerana mitos mengatakan negara ini merdeka oleh mereka. Mereka yang melaungkan 'Hidup Melayu'. Mereka yang lewat berfikir untuk melaungkan 'Merdeka'. Mereka yang mengatakan kita perlu kapal perang untuk laungan keramat itu. UMNO yang sudah makin mengarat selepas 50 tahun. UMNO yang tidak baca sejarah LDP Jepun sudah masuk lahad.!

Pemikiran yang masih dikuasai UMNO tentunya kampung-kampung dan felda-felda. Selagi ada RTM dan TV3, selagi ada Utusan selain MalaysiaKini. Penyelewengan ini tentu tidak kelihatan. Maka selayaknya mereka menang dan menang di Pahang, di Terengganu, di Melaka dan di Malaysia Timur. Sedar atau tidak orang Pahang itu terhutang dengan syarikat pembalakan atas salah Adnan Yakob.? Sedar atau tidak orang Melaka ada Ketua Menteri yang rasuah.! Sedar atau tidak orang Terengganu ada YB-YB yang haloba, tamak walaupun dalam satu parti dan satu bangsa.!

Sedar atau tidak.? UMNO berhutang utuk barangan pilihanraya mereka.! Janjikan jambatan emas untuk Manek Urai.! Janjikan anak emas untuk Permatang Pasir.! Bukankah itu penyelewengan.?

Belum MCA dengan MIC.

Melayu mudah lupa,berkata lagi ahli UMNO nomor wahid itu.

DSAI Dedah Khir Toyo Punya 4 Buah Mahligai..!

DS Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mendedahkan "Kekayaan Diluar Kemampuan" mantan MB Selangor, Khir Toyo yang diluar pengetahuan umum mempunyai sebanyak 4 buah mahligai dimana 3 buah darinya berada di Malaysia dan sebuah darinya di Kota London.

DS Anwar Ibrahim juga berkata, kita sebagai umat Islam mesti percaya pada Al-Qur'an. jangan jadi seperti UMNO yang tidak yakin dengan Al-Qur'an.

sumber: anwaribrahim

Friday, September 4, 2009

Alahai SPRM : Kes PFKZ RM10juta Siasat 2jam, Kes Bendera RM2400 Siasat 10jam Siap Mati Lagi.

RM10 juta hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati


KUALA LUMPUR : Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.

Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.

Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.

Image"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini.

"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.

"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."

Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

Nok Kono Laie Ko Jang...???

 
Apa Lagi.... Komen-Komen anda diperlukan
 

Polis beri amaran jangan hadir upacara nyalakan lilin protes insiden 'kepala lembu'

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan petang Jumaat memberi amaran keras kepada orang-ramai supaya tidak menghadiri upacara menyalakan lilin yang dijadual akan diadakan petang Sabtu sebagai memprotes insiden kontroversi kepala lembu yang dibawa oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan SUK Negeri Selangor baru-baru ini.

Musa berkata, perhimpunan menyalakan lilin itu adalah satu perhimpunan haram tanpa permit dan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengambil bahagian.

“Siasatan berhubung insiden ini masih dalam siasatan polis dan pada pandangan pihak polis tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti berbentuk perhimpunan mengenainya,” ujar beliau selepas menyaksikan penyerahan 6,414 bungkusan kuih Hari Raya Aidilfitri daripada Persatuan Keluarga Anggota Polis.

Bungkusan kuih raya itu akan diedarkan kepada pegawai-pegawai polis yang bertugas di luar negara dan juga kedutaan Malaysia.

Pada 28 Ogos lalu, sekumpulan penduduk dari Seksyen 23 Shah Alam telah mengadakan protest di hadapan bangunan SUK menuntut agar Kerajaan Negeri membatalkan cadangan menempatkan semula sebuah kuil berusia 150 tahun di Seksyen 19 ke kawasan mereka yang merupakan kawasan majoriti masyarakat Islam.

Bagaimanapun pada demontrasi itu, terdapat penduduk yang membawa kepala seekor lembu yang kemudiannya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penganut agama Hindu yang melihat lembu sebagai binatang suci.

source:MALAYSIA TODAY / MSTAR ONLINE

Insurans kelompok legakan pemilik kenderaan lama.

TINDAKAN segera kerajaan menangani kesukaran pemilik kenderaan lama yang berusia 10 tahun ke atas untuk mendapat perlindungan insurans dengan mewujudkan skim insurans berkelompok dialu-alukan kerana dapat mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah yang memiliki kenderaan itu. Pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, kelmarin melegakan pemilik kenderaan berkenaan yang sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah berikutan keengganan syarikat insurans memperbaharui insurans bagi kenderaan yang berharga bawah RM10,000, biasanya membabitkan kenderaan berusia lebih 10 tahun. Syarikat insurans memberi alasan kenderaan berkenaan berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans, terutama bagi pihak ketiga yang biasanya dikenakan bayaran premium rendah berbanding pemilik kenderaan baru. Tanpa sebarang perlindungan insurans, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak membenarkan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan. Langkah segera kerajaan itu wajar kerana ia boleh menangani masalah kenderaan di jalan raya tanpa cukai jalan. Ia bukan saja menyalahi undang-undang tetapi akan menyusahkan. Jika berlaku kemalangan, kenderaan itu tidak dilindungi insurans. Jika sesuatu perkara buruk atau kematian berlaku kepada pemandu atau penumpangnya, keluarga mereka tidak boleh membuat sebarang tuntutan.

Dengan memperkenalkan skim insurans berkelompok yang diuruskan pejabat pos di seluruh negara dan berkuat kuasa serta-merta bulan ini, kesulitan yang dihadapi pemilik kenderaan tua dapat diselesaikan. Langkah itu juga dapat mengelak kemungkinan cubaan syarikat insurans untuk membuat desakan kepada kerajaan bagi meningkatkan premium untuk pihak ketiga dengan enggan memperbaharui perlindungan insurans.

Sehingga kini dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun ke atas bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya, termasuk lebih 900,000 kenderaan Proton dan 300,000 keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara didaftar antara 1994 hingga 1999. Dengan memperkenalkan skim insurans berkelompok, pemilik kenderaan, terutama di luar bandar tidak lagi menghadapi kerenah ejen insurans atau bayaran premium yang membebankan. Mereka kini boleh mendapatkannya di pejabat pos pada masa yang sama boleh terus memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing tanpa sebarang masalah. Kita juga menyokong langkah kerajaan mengkaji serta merombak sistem pembayaran insurans yang kini tidak seimbang sehingga membebankan syarikat insurans. Kajian semula membabitkan Kementerian Pengangkutan, Bank Negara dan syarikat insurans itu penting bagi memastikan semua pihak yang terbabit mendapat keadilan dalam pembayaran atau penerimaan pampasan jika berlaku kemalangan jalan raya. Kita tidak mahu, ada pihak yang mendapat pampasan di luar jangkaan, manakala pihak lain terutama syarikat insurans mengalami kerugian sehingga terpaksa meningkatkan kadar premium untuk menampung operasi syarikat dan pembayaran pampasan yang akhirnya membebankan pengguna lain untuk jangka masa panjang.

Adun Bagan Pinang Meninggal



Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang, Azman Mohd Noor, dilaporkan telah meninggal dunia di Seremban tengahari tadi.

Dalam PRU12 yang lalu, Azman menewaskan calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Azman meraih 6430 undi manakala Ramli meraih 4097 undi.

Keseluruhan jumlah pengundi berdaftar di Dun N31 Bagan Pinang adalah 14,192 dimana 66 peratus adalah Melayu, 10.50 peratus Cina, 19.90 India dan 3.50 peratus etnik lain.

Dun N31 mempunyai lapan daerah mengundi.

Thursday, September 3, 2009

Beberapa Keistimewaan MB Selangor

1. Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyangka suatu hari beliau akan menjadi Yang Berhormat dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Mungkin beliau tidak pernah terfikir akan hal ini. Tetapi hari ini itulah kenyataannya, dan beliau merupakan MB yang popular dalam Pakatan Rakyat.

2. Beliau sebenarnya sudah sekian lama menjadi orang korporat dengan memimpin PNB yang bertanggungjawab ke atas amanah saham-amanah saham yang ditaja oleh kerajaan. Namun kemudian beliau meninggalkan PNB dan menjadi tokoh pula dalam Guthrie.

3. CEO Terbaik 1997 anugerah Majalah Business Times ini dilahirkan pada 1946 Di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Kuala Selangor. Beliau belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Beliau memperoleh ijazah BA Hons dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

4. Pembabitannya dalam politik bermula dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menjawat jawatan Bendahari PKR serta Ketua Perhubungan PKR Selangor. Buat pertamakalinya beliau menyertai Pilihan Raya Kecil Ijok pada April 2007, tetspi tewas. Percubaan seterusnya pada PRU ke 12 dan beliau menang di Ijok atas tiket PKR dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya dengan persetujuan anggota Pakatan Rakyat beliau dicalonkan menjadi MB Selangor dan pihak Istana memperkenankannya.

5. Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi MB Selangor hingga sekarang. Beliau ditohmah membelakangkan orang Melayu pada pelantikan pemangkuan Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS. Dengan hujah dan alasan yang kuat, akhirnya tohmahan itu dapat ditepisnya dan isu itu selesai dengan tamatnya pemangkuan Madam Low.

6.Tidak selesai dengan isu PKNS, beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membiayai lembu korban di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Namun Tan sri Khalid dapat menangkis serangan puak-puak UMNO-BN dengan menyatakan memang ada peruntukan sedemikian dan Menteri Besar terdahulu pun pernah menggunakannya. Akhirnya isu itu tenggelam begitu sahaja.

7. Selanjutnya beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membaikpulih kereta peribadi. Bila beliau menjelaskan memang ada peruntukan sedemikian, serangan UMNO-BN itu dapat ditenggelamkannya.

8.Isu terbaru adalah kepala lembu yang diletakkan di hadapan pejabat SUK Selangor sebagai protes pemindahan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Difahamkan isu ini sebenarnya didalangi oleh UMNO-BN dalam cubaan untuk mencetuskan isu perkauman di Selangor seterusnya merampas kembali Negeri Terkaya itu dari Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO-BN gagal berbuat demikian apabila Tan Sri Khalid bijak menanganinya dan ia tidak menjadi isu besar yang membawa padah.

9. Selain itu, banyak usaha-usaha dilakukan oleh beliau untuk meningkatkan kepercayaan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, seperti memberi subsidi air bagi 20 meterpadu yang pertama secara percuma, imbuhan wang kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, imbuhan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berbagai-bagai kemudahan sebagai keprihatinan beliau kepada rakyat Selangor.

10. Apa yang dihadapi dan dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim menarik perhatian, kerana semua persoalan dapat ditanganinya di samping menjadikan beliau antara MB Pakatan Rakyat yang mempunyai kedudukan yang istimewa dan tersendiri dalam kelasnya. Mudah-mudahan beliau akan terus tetap teguh bertahan walaupun diserang bertubi-tubi oleh UMNO-BN yang memang teringinkan kembali Negeri Selangor ini.

Dan memang ironis bila kita teringat MB terdahulu menghadiahkan sebatang penyapu kepada seorang Yang DiPertua Majlis Perbandaran, kini Tuhan telah membalasnya di dunia lagi dengan terlepasnya Selangor ke tangan Pakatan Rakyat, dan terbukanya banyak pekungnya sendiri di samping cubaan yang gagal untuk setiapkali memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada MB Selangor, semoga Yang Berhormat akan tetap terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran.

Najib Nie Asyik-Asyik Peneroka.. Rakyat Lain Tak Ada Sama Kaa..??

Duit raya RM37.23 juta untuk peneroka

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.

Pengagihan wang raya itu, bermula sejak tahun 2003.

"Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Felda di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.

Seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta, katanya.

Beliau berkata perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama Felda.

Najib berkata bayaran akan dibuat kepada semua peneroka sebelum Hari Raya Aidilfitri di rancangan-rancangan Felda seluruh negara.

Perdana Menteri berharap agar pemberian itu dapat meringankan beban kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda dalam usaha memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," katanya. BERNAMA

ADUN PULAU MAJLIS MUHYIDIN

HULU TERENGGANU, 3 Sept - Hanya empat sahaja dari anggota Exco dan hanya satu sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang hari ini.

Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri hari ini. Begitu juga Datuk Seri Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam sidang medianya terpaksa menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang.

Muhyidin juga mengakui Umno Terengganu sekarang dilanda krisis.

“Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.

“Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar ... lepas hari raya atau bila masa yang sesuai,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu itu.

Menurut maklumat, hanya sebahagian kecil sahaja wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan tertutup para pemimpin Umno dengan Muhyidin itu.

Muhyidin sampai ke Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi dan terus ke Hulu Terengganu untuk mengadakan pertemuan itu. Turut serta bersama beliau adalah Datuk Seri Hishamudin Hussein yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu serta datuk Ahmad Said, timbalan beliau yang juga MB Terengganu.

Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud dan solay Isyak serta terawih di Masjid Telok Menara, Manir iaitu dalam Dun yang diwakili oleh Datuk Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Pembangkang Dun Terengganu.

Mahyudin ke Terengganu di tengah-tengah berita panas yang melibatkan Umno Terengganu. Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, sembilan Adun Terengganu dikatakan akan melompat ke PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat sebuah hotel di Kemaman.

- Malaysian Insider

Kapal Selam/Sub-marine Scorpene aka... KD Altantuya

Akhirnya kapal selam yang 'popular' dari jenis Scorpene ini tiba juga di tanah air walaupun ia sepatutnya telah tiba pada 25 januari lalu.

Ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Isu kapal selam - Altantuya - Komisen RM500 juta ini juga digazetkan di Parlimen. Altantuya Sharibuu @ Aminah Abdullah berusaha membawa kapal selam pertama negara hingga mengorbankan nyawa beliau pada Oktober 2006. Replika kapal selam Scorpene telah diarak semasa penamaan calon pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Perbezaan Antara Demonstrasi anjuran BN & PR



Untuk lebih jelas lagi, renung dan fikirkan fakta dibawah ini betul atau tidak?.

Kalau demo anjuran PR:
1. Mesti ada tangkapan dibuat
2. Mesti ada polis berpakaian biasa dan FRU
3. Mesti ada 'roadblock' ke lokasi perhimpunan untuk menyusahkan pendemo dan supaya orang awam marah pada penganjur.
4. Mesti ada trak water cannon 'standby'
5. Mesti ada ulasan yang disensasikan di akhbar dan TV
6. Mesti ada tokoh tokoh pimpinan PR
7. Mesti pendemo ramai, kadang kadang cecah 100,000 orang

Kalau demo anjuran Umno/BN:
1. Bebas nak kata apa. Tidak terikat kepada undang undang mahu pun akta. Contoh: ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail. Kalau orang PR, pasti ditahan dibawah ISA atau akta hasutan
2. Sepanduk @ banner banyak mencarut. Contoh: 'kami nak deris, Natang'
3. Polis ada, tapi buat tak kisah saja. Kalau bagi amaran pun bagai melepas batuk ditangga. Contoh: Demo sambil arak kepala lembu baru baru ini.
4. Trak water cannon pun tak ada
5. Ahli ahli pendemo kebanyakan nya bersongkok tinggi
6. Pendemo tak ramai bilangan nya 50 hingga 100. Kalau ada saguhati boleh lah cecah 500 orang. Contoh: Demo sokong SPRM di Ampang, 60 orang saja.

Wednesday, September 2, 2009

Najib Keja Bohong Rakyat Je Yang Tau!

Harga Petrol Disesuaikan Ekoran Kenaikan Subsidi
PUTRAJAYA, 2 Sept (Bernama) -- Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Rabu.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual kepda rakyat.

"Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian... penyesuaian yang sedikit saja," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang pertandingan lagu 1Malaysia di Bangunan Putra Perdana, di sini.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam.

Memandangkan beliau menjawab soalan semasa sidang akhbar, Najib berkata beliau akan memberikan butiran lanjut kemudian.

-- BERNAMA

Arak , Hukuman & Rotan | KARTIKA

Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi

1. الخمر أم الخبائث
Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan

Riwayat At tabarani

Beza antara manusia dengan binatang ialah aqal . Kerana aqal manusia ditaklifkan dengan tanggungjawab pengabdian diri kepada Allah swt . Aqal jua meletakkan manusia waras bertindak dan merencana . Justeru itu , demi meletakkan manusia dalam kewarasan maka Islam mengharamkan arak dan segala perkara yang memabukkan .


2. Pengharaman arak adalah bersifat ijma' dan qatei . Sabit dalil dari nas al quran [ surah al Maaidah : Ayat 90 - 91 ] sementara nas daripada hadis Nabi saw , antaranya ialah :

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya adalah haram.

Riwayat Ahmad , Abu Dawud , At Tarmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة مدمن الخمر و العاق و الديوث الذي يقر الخبث في أهله

Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya .

Riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi

لعن النبي صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة عاصرها و معتصرها و شاربها و حاملها
و المحمولة إليه وساقيها و بائعها و أكل ثمنها و المشترى لها و المشترى له

di riwayatkan dari Anas rha bahawa rasulullah saw bersabda : [ dalam hal arak ini ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya , pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya .]

Riwayat Ibnu Majah dan at Tarmizi

3. Hukuman atas pesalah arak .

Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan .

4. Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali . Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ] berkata :

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي

Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali , semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kali rotan ]

Riwayat Imam Muslim

Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya , Imam Malik , al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.

Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak , maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [ selipar ] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak , maka beliau berbuat seperti itu juga . Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar , lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini . Ibn Auf [ Abdur Rahman ] berkata : sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan , maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .

Riwayat Ahmad , Muslim , Abu Dawud dan At tarmizi

5. Alat untuk Merotan

Tidak sabit dalam dari Rasulullah saw bahawa baginda menetapkan alat - alat tertentu untuk memukul peminum Arak . kadang - kadang baginda memukul dengan selipar , kadang - kadang dengan pelepah tamar , kadang - kadang dengan rotan dan pelepah tamar , kadang - kadang dengan tangan dan selipar seperti di riwayat berikut .

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جلد في الخمر بالجريد و النعال و جلد أبو بكر أربعين

Bahawa rasulullah saw memukul dalam hukuman meminum Arak dengan pelepah tamar dan selipar dan Abu Bakar memukul 40 pukulan .

Muttafaqun Alaih

Abu Said berkata : Pada zaman rasulullah saw , hukuman meminum arak dipukul 40 kali dengan dua selipar maka pada zaman Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap - tiap satu selipar.

Riwayat : Ahmad

6. Tindakan merotan sekuat - kuat dengan menggunakan rotan yang besar dan mencederakan dengan satu kecederaan yang parah adalah suatu yang bercanggah dengan kaedah sebatan dalam Islam .
7. Justeru itu ada 2 perkara yang perlu dilihat semula , pertama berkait dengan jumlah sebatan dan kedua ialah cara sebatan .
8. Walaupun Islam meletakkan meletakkan jumlah yang besar iaitu 40 hingga 80 , ia tidaklah membawa kecederaan sebagaimana hanya 6 sebatan mengikut undang - undang manusia di mahkamah sivil .[ rujuk gambar ]
9. Saya dapat satu info dari sahabat dengan membawa satu frasa yang menarik :
Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam . Rotan tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran . Sementara saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagih arak .

Dr Marina Chuhrova [ saintis Rusia ] menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini . Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka kaedah ini tetapi apabila mereka merasai kebaikannya , mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini [ rotan ] . Malah mereka sanggup pula membayar sekitar RM 400 untuk satu sessi rawatan .

10. ...... Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment , similar to that doled out regularly in British Schools in the last century , helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommend caning and says the treatment work . A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best .

....... The Russian team says they are now charging for caning sessions and are getting over U.S $ 100 per patient for a standard treatment .

Berbuka Puasa di Seri Melayu 03/09/09

Majlis berbuka puasa ini ditaja oleh En. Buruh bagi meraikan kepulangannya dari Brazil, malangnya hanya 2 rakan baiknya yang telah dipelawa iaitu En. KTMB dan En. Lokap.
  1. Cerita2 yang berkisar mengenai En. Lokap yang telah ditahan semasa cuba menyertai perhimpunan membantah ISA di ibu negara baru2 ini. En. Lokap telah ditahan selama sehari setengah. di tahanan sementara PUDU JAIL.
  2. Walaubagaimanpun, En Lokap perlu ditahan oleh ISA sekurang-kurangnya 2 tahun jika hendak menjadi  wakil rakyat Wangsa Maju... jika berminat... keh...keh...
  3. En. Buruh pula tension kerana perlu terpaksa membayar CUKAI lebih kurang RM7000. Pembaca lihat betapa mewahnya pendapatan En. Buruh walaupun kelihatan tidak seperti orang malaysia yang kebanyakkannya Obersiti. 
  4. En. KTMB pula merupakan calon yang sesuai untuk berbuka secara bufet kerana komited untuk makan sehingga pukul 10.00 malam... ha.. ha.. haa... Boleh tak balik modal seri melayu jika pelanggan mereka mempunyai keupayaan seperti En. KTMB.
  5. Makanan agak pelbagai pilihan, tetapi kami telah didendangkan dengan persembahan kebudayaan 'One Malaysia' yang pada pendapat En. Penulis tidak begitu sesuai..... mungkin bukan selera En. Penulis.
Penutup, terima kasih kepada en. buruh kerana menaja berbuka kami....

Majulah En. Buruh bayar cukai untuk negara...

Tuesday, September 1, 2009

Gedung Kartun HARAM!Buah Dada..eh Mangga TAK HARAM

Ini adalah satu posting lama aku yang aku saja nak letak balik sebab aku rasa kerajaan menggalakkan penyebaran benda2 camni kat Malaysia jadi aku hanya menurut seruan kerajaan.Aku kena pastikan semua rakyat Malaysia dapat tengok benda ni.

Ye lah,benda camni HALAL pada kerajaan Malaysia yang majoriti menterinya Islam.

Majalah kartun yang membuatkan rakyat berfikir dirampas dan dipastikan tidak diedarkan.Tapi majalah2 macam ni yang sudah pasti membuatkan lelaki tidak senang duduk dan perempuan menyeringai dijadikan sebagai salah satu bacaan umum masyarakat kita?

Mana lagi salah?
Kutuk pemimpin yang tak serupa pemimpin dalam majalah atau keluarkan majalah yang merendahkan taraf gadis2 Melayu?

Entahlah.Mungkin menteri2 kita otak diorang memang dah tak berapa betol.Selamat menjamu mata anda dengan imej2 yang dihalalkan kerajaan Malaysia.

.................



Minggu lepas,ketika aku singgah kat kedai membeli barang makan,aku terpandang dekat majalah-majalah yang tergantung.Mata aku tertumpu dekat satu majalah yang agak "menonjol," mungkin sebab majalah tu mendapat makeover baru.Memang jelas kelihatan terang,membuatkan aku sedikit tertarik.Itulah majalah Mangga.Selain dari warna yang terang pada muka depan nya,aku juga tertarik dengan penggunaan font yang kelihatan simple tapi sangat effective.


Aku pun dengan gaya selamba dan tanpa malu2 (sebab takde orang) aku pun capai dan bayar.Menarik jugak kalau dapat dijadikan bahan bacaan menambah ilmu "di dada".Banyak artikel-artikel menarik dan ilmiah dalam Mangga ni,maklumlah semua majalah keluaran Utusan memang bagus.Bukak aje majalah ade gambar Stacy,aku tak tau pun siapa dia ni.Rasa2 aku dia ni AF kot?Aku suke tengok pakaian dia,membuatkan gadis ni nampak ceria.




Aku pun teruskan bacaan aku.Bahagian mula-mula ni,banyak gambar2 artis yang popular contohnya Erin,Afiqah,Zoey,Aweera,Oshin dan ramai lagi artis2 yang semuanya berbakat dalam bidang mereka ceburi dan sangat2 terkenal. Ada jugak gambar Zac Efron topless,aku suka betul dia ni dalam High School Musical.Selak2 lagi ada gambar Diana Danielle.Bagus budak ni,memang patut pun dia dijadikan role model kepada budak2 muda sekarang.Aku rasa semua budak2 lepasan SPM boleh jadikan Diana ni sebagai contoh seorang student yang cemerlang.Dalam gambar Diana ni,ada la tunjuk dia dengan pakaian repelling tali.Nampak macam seronok PLKN ni.Rugi jugak aku tak pegi.

"Wow,ada satu artikel berbaloi dibaca!Ada VIP dan laki orang nak pikat Eira Syariza." Siapa Eira Syariza ni?Entahlah.Aku tak pernah dengar pun.Tu semua tak penting,yang penting,dia seorang yang bermoral.Dalam artikel tu,dia menyatakan,dia takkan layan VIP dengan laki orang tu.Bagusla ramai perempuan camni,aku hepi dengar bila ada perempuan tak nak ambik kesempatan camtu.Kat sebelah ni aku letakkan gambar Eira Syariza ni,supaya lepas ni korang takkan nilai orang ikut pakaian dia.



Habis baca tu,aku terus sambung lagi membaca.Siapa kenal Zandra Aziela?Aku suka dia ni bila tengok dalam TV.Dia player bowling negara.Dia kata,dia bertuah sebab dapat seorang Pakwe yang understanding dan pandai memujuk!Aku rasa mesti ramai yang tertanya2 kan macam mana perangai pakwe dia,akhirnya sekarang kita dah tahu.Oh!Gila aah pengakuan ni...satu pengakuan yang berani dari Ruby.


Bila aku baca Ruangan Bicara Romantis,kata-kata yang terkandung dalam ruangan tu membuatkan aku rasa betapa bersyukurnya aku kerana dapat mencinta dan dicintai.Aku faham sangat bagaimana rasanya bercinta ni,setiap saat aku selalu terbayang aje awek aku,apa yang dia buat,tertanya-tanya,rindu selalu menyelubungi jiwa.Tulisan brader ni membuatkan aku hampir menitiskan air mata sebab bila aku hayati luahan perasaan dia,aku dapat rasakan betapa kuatnya perasaan dia menghargai cinta.Brader Aiman Arief,aku harap kau bersabar.Bunga bukan sekuntum.Sabar.Aku ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghantar luahan perasaan anda kepada majalah Mangga ni.Bagus kalau tahu ada orang yang sama menghargai percintaan sekuat aku.

Ada artikel mengenai sepasang couple yang baru aje berumah tangga iaitu Yatt,aku tak tau sapa Yatt ni,tapi Yatt la nama dia.Dia baru aje kawin bulan Mac dan dia telah pun ditemuramah oleh Mangga untuk menceritakan mengenai pengalaman berumah tangga diorang ni.Aku rasa soalan-soalan yang diajukan oleh Mangga sangat bersesuaian dengan keadaan sebab aku sure,semua orang yang baru kahwin tidak lagi segan silu menceritakan mengenai pengalaman malam pertama mereka.Bila dah kahwin,semua pasangan perlu berterus terang seperti Yatt ni.Barulah boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang belum berkahwin.

Bila aku sambung baca lagi,ada dua page yang mengandungi maklumat-maklumat yang boleh dikategorikan penting.Aku agak terkejut bila mengetahui Khaty ialah gelfren Zed Zaidi.Aku mati2 ingat Zed Zaidi single lagi!Kemudian Ain pulak menceritakan macam mana percintaan dia diganggu oleh orang ketiga!Artikel berikutnya pulak menceritakan mengenai pelakon berwajah manja,Shieyna merasa sungguh bertuah dengan pakwenya.Kemudian ada lagi satu artikel mengenai pelakon lelaki hensem iaitu Nizen yang mengakui dia sudah pun berjumpa dengan si dia yang special.Aku tulis kat sini sebab aku rasa rugi kalau aku tak share benda2 ni dengan korang.

Ada poster cun,gambar pelakon terkenal,Diana dengan boifren dia kot,terkenal jugak kot boifren dia ni iaitu Syed Ali.Kat mana nak carik baju macam yang dipakai oleh Syed Ali tu?Brand Pepsi Cola ni ok ke baju dia?Baju Diana pulak mempunyai motif batik pada baju dia,aku pun memang tengah buat research pasal batik ni jadi sedikit sebanyak membantu aku dan juga dapat membantu memperkembangkan lagi industri batik Malaysia ni.




Bila aku tengok gambar kat sebelah ni,aku jadi tak paham.Sebab berdasarkan pengalaman aku,bila perempuan jumpa perempuan,memang nak bergaduh aje.Macam member2 aku dulu,budak2 pempuan yang duduk serumah,ada je tak puas hati dengan housemate.Tapi dalam gambar ni,3 orang pempuan ni dapat duduk sekali tepi swimming pool dengan muka tersenyum gembira.Nampak keakraban diorang dalam gambar tu.Aku harap lepas korang tengok gambar ni,korang boleh try pupuk semangat muhibbah yang jelas menonjol dalam gambar tu.Bagus photographer dia.Gambar sharp.Costume artist dia pun pandai memilih busana.Warna2 yang digabungkan tu dapat menghasilkan kontras dalam gambar yang kuat.

Kepada lelaki2 yang keseorangan,aku syorkan korang beli Mangga tiap-tiap bulan,sebab dalam Mangga banyak cerita mengenai bagaimana nak menjaga perasaan perempuan.Macam artikel sebelah ni,Hafiza jeles bila ramai perempuan usha boifren dia.Moral dia,kalau dah ada awek,jangan menggatal.Ain pulak diganggu VIP dengan cerita lucah,moral dia,perempuan tak suka dengar atau tengok cerita lucah.Widya belum ada kekasih,jadi,cepat2 la tekel Widya.Ketiga-tiga artikel ni dapat memberikan pengetahuan yang berguna dan aku suka cara penulisan yang sangat bersahaja yang ditonjolkan.Ada maksud mendalam tapi kita perlu berfikir untuk dapat tangkap maksud dia.

Eh,ada lagi gambar Diana tadi!Dalam gambar ni,corak batik tu nampak lebih jelas.Kalau kita tengok corak dia betul2,idea motif tu datang dari bentuk daun yang digabungkan secara menegak untuk menghasilkan satu rekaan yang agak outstanding dan menonjol.Baru aku perasan,licin betul kulit Diana ni.Macam mana dia jaga kulit dia nak elakkan kulit ada spot2 merah aa?Kulit aku sensitif bila kena panas.Nampak selesa sofa yang dia duduk tu.Mungkin sofa kulit.Masalahnya sofa kulit ni kalau buat tidur rasa panas kan?Ke tu PVC?


Ni yang aku paling suka tengok!Lelaki yang aktif macam ni.Sebab bila kita selalu pergi berenang di tepi kolam renang,secara automatik badan jadi sihat.Rasulullah pun suruh kita berenang,sunnah tu.Aku harap daripada kerajaan buat kempen2 besar-besaran suruh kita amalkan cara hidup sihat,lagi baik kalau kerajaan galakkan lebih ramai lelaki pergi berenang.Lepas habis berenang,lepak tepi tangkap gambar sebagai satu daya penarik untuk masyarakat kita memulakan hidup yang lebih baik.

Sebagai penutup,aku ingin memperkenalkan kepada korang bintang baru yang bakal naik iaitu Hafiza.Dengan berbekalkan bakat yang dianugerahkan Tuhan,Hafiza berharap agar segala kebolehan dia dalam bidang lakonan dapat digunakan sebaik mungkin. Dia juga berharap peminat dapat mengingati drama2 lakonannya dengan penggunaan ekspresi muka yang berkesan dan penghayatan watak yang dramatik.

Aku perkenalkan kepada korang,pelakon baru yang bakal meletup...HAFIZA.

Hafiza,pelakon baru yang bakali meletup

Cuba la baca Mangga dari satu perspektif yang lain.Mesti korang pun akan nampak macam apa yang aku nampak.