Keadaan ekonomi seperti yang dihujahkan sebelum ini adalah membimbangkan. Bajet-bajet yang dibentangkan oleh negara-negara maju memperlihatkan penurunan, selain Real Madrid dan Manchester City, kelab-kelab elit dunia juga tidak berbelanja besar. Nilai transaksi pemain di EPL juga berkurangan. Benar, ekonomi dunia belum pulih. Ekonomi Malaysia sahaja yang kukuh,kata menterinya.
Penyelewengan dan korupsi bukan asing dengan UMNO. Hal ini sudah diakui oleh ahli parti itu yang bernombor wahid, Tun Mahathir. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO juga mengaku. Lebih 900 laporan dibuat oleh ahli-ahli parti itu,yang mungkin terkesan dengan firman Rabbul Izzati ini.- Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai dugaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (Al Anfaal:28)
Melayu lupa, kerana kata UMNO itu politik wang. Melayu lupa, perjuangan Tunku dahulu atas jerih datuk nenek moyang kita membayar segala tiket-tiket mereka ke London untuk merundingkan kemerdekaan. Masa tu, belum ada Renong. UEM pun belum ada. Belum ada Bail Out berbillion-billion.
Kes-kes penyelewengan dalam UMNO cukup berat dan parah. Namun kita masih sayang UMNO, kerana mitos mengatakan negara ini merdeka oleh mereka. Mereka yang melaungkan 'Hidup Melayu'. Mereka yang lewat berfikir untuk melaungkan 'Merdeka'. Mereka yang mengatakan kita perlu kapal perang untuk laungan keramat itu. UMNO yang sudah makin mengarat selepas 50 tahun. UMNO yang tidak baca sejarah LDP Jepun sudah masuk lahad.!
Pemikiran yang masih dikuasai UMNO tentunya kampung-kampung dan felda-felda. Selagi ada RTM dan TV3, selagi ada Utusan selain MalaysiaKini. Penyelewengan ini tentu tidak kelihatan. Maka selayaknya mereka menang dan menang di Pahang, di Terengganu, di Melaka dan di Malaysia Timur. Sedar atau tidak orang Pahang itu terhutang dengan syarikat pembalakan atas salah Adnan Yakob.? Sedar atau tidak orang Melaka ada Ketua Menteri yang rasuah.! Sedar atau tidak orang Terengganu ada YB-YB yang haloba, tamak walaupun dalam satu parti dan satu bangsa.!
Sedar atau tidak.? UMNO berhutang utuk barangan pilihanraya mereka.! Janjikan jambatan emas untuk Manek Urai.! Janjikan anak emas untuk Permatang Pasir.! Bukankah itu penyelewengan.?
Belum MCA dengan MIC.
Melayu mudah lupa,berkata lagi ahli UMNO nomor wahid itu.






No comments:
Post a Comment