Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan petang Jumaat memberi amaran keras kepada orang-ramai supaya tidak menghadiri upacara menyalakan lilin yang dijadual akan diadakan petang Sabtu sebagai memprotes insiden kontroversi kepala lembu yang dibawa oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan SUK Negeri Selangor baru-baru ini.
Musa berkata, perhimpunan menyalakan lilin itu adalah satu perhimpunan haram tanpa permit dan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengambil bahagian.
“Siasatan berhubung insiden ini masih dalam siasatan polis dan pada pandangan pihak polis tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti berbentuk perhimpunan mengenainya,” ujar beliau selepas menyaksikan penyerahan 6,414 bungkusan kuih Hari Raya Aidilfitri daripada Persatuan Keluarga Anggota Polis.
Bungkusan kuih raya itu akan diedarkan kepada pegawai-pegawai polis yang bertugas di luar negara dan juga kedutaan Malaysia.
Pada 28 Ogos lalu, sekumpulan penduduk dari Seksyen 23 Shah Alam telah mengadakan protest di hadapan bangunan SUK menuntut agar Kerajaan Negeri membatalkan cadangan menempatkan semula sebuah kuil berusia 150 tahun di Seksyen 19 ke kawasan mereka yang merupakan kawasan majoriti masyarakat Islam.
Bagaimanapun pada demontrasi itu, terdapat penduduk yang membawa kepala seekor lembu yang kemudiannya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penganut agama Hindu yang melihat lembu sebagai binatang suci.
source:MALAYSIA TODAY / MSTAR ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(45)
-
▼
September
(30)
- Beza RON95 dengan RON97;maklumat ringkas
- Gedung Kartun: Zunar beri keterangan hari ini
- Bulan Melawat Negeri Sembilan!!!
- Kepala Lembu: akhirnya selesai di MBSA
- Ahmad Said tolak tawaran jadi menteri
- Yang Lama & Yang Baru........
- Kenaikkan harga minyak disambut penuh kesyukuran
- Gambor-gambor Hari Ini
- Apa tindakan “geng lembu” semasa rumah Allah diram...
- Sesi ‘Dialog’ Dengan Penduduk Seksyen 23
- Isu Kepala Lembu: SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR...
- Apakah beza UMNO dan Penyelewengan.?
- DSAI Dedah Khir Toyo Punya 4 Buah Mahligai..!
- Alahai SPRM : Kes PFKZ RM10juta Siasat 2jam, Kes B...
- Nok Kono Laie Ko Jang...???
- Polis beri amaran jangan hadir upacara nyalakan li...
- Insurans kelompok legakan pemilik kenderaan lama.
- Adun Bagan Pinang Meninggal
- Beberapa Keistimewaan MB Selangor
- Najib Nie Asyik-Asyik Peneroka.. Rakyat Lain Tak A...
- ADUN PULAU MAJLIS MUHYIDIN
- Kapal Selam/Sub-marine Scorpene aka... KD Altantuya
- Perbezaan Antara Demonstrasi anjuran BN & PR
- Najib Keja Bohong Rakyat Je Yang Tau!
- Arak , Hukuman & Rotan | KARTIKA
- Berbuka Puasa di Seri Melayu 03/09/09
- Gedung Kartun HARAM!Buah Dada..eh Mangga TAK HARAM
- Berapa upah BN pada Ibrahim Ali?
- Dalang-Dalang Disebalik Demo Kepala Lembu...
- Harga minyak dunia mahal.?
-
▼
September
(30)
Labels
- Fakta (9)
- Isu Semasa (10)
- Kudapan (3)
- Mat Mongol (6)
- Pendedahan (13)
- Politik (17)
- Rasuah (2)
- Ussop Community (3)
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






Agak-agak pihak yang mana ingin melakukan Demo nih?
ReplyDelete