BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos – Barisan Nasional (BN) terbuka dalam menerima keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir apabila gagal merampas kerusi yang disandang PAS di kawasan tersebut.
Dalam keputusan ini, calon PAS Mohd Salleh Man, 52, memperolehi 9,618 undi manakala calon BN, Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi dengan perbezaan majoriti 4,551 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.25 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.Berdasarkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa BN menerimanya dengan tekad untuk terus memperkukuh parti melalui penambahbaikan terhadap kepincangan yang ada.
Dengan perkembangan tersebut, beliau sedar bahawa sikap pengundi tidak banyak berubah tetapi BN tetap akan mengambil perhatian terhadap hal-hal yang dibangkitkan oleh para penduduk di kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zahid Hamidi juga menyatakan turut terima keputusan yang ada kerana jentera parti dan BN telah berusaha dan bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen.
sumber: umno online.







No comments:
Post a Comment