Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.
Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang."Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.
"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat.
Nota:
waspada satu malaysia. kita wajib jangan
terperangkap dengan hu hah hu hah benci kaum
bukan melayu.
waspada : selalunya orang yang hu hah hu hah anti india
atau anti cina ini ada kepentingan kuasa dan ekonomi.
cuba cuba selidik mungkin mereka telah hilang kontrek
bila pakatan mentabir selangor.
cuba cuba selidik mungkin mereka hilang komisen.







No comments:
Post a Comment